Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menerima kunjungan delegasi dari pelbagai organisasi yayasan dari Arab Saudi pada hari Jumaat, 6 Mac 2016. Kunjungan mereka telah disambut oleh Ketua Eksekutif (KE) MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Timbalan KE (Bahagian Hal Ehwal Akademik), Prof. Dr. Ab Rahim Ismail.
Delegasi tersebut terdiri daripada Encik Turki AlTurkey, Pengurus Yayasan Amal AlJammeh; Dr. Saleh bin Maihimeed, Pengerusi Lembaga Pusat Pengajian Kepimpinan; Dr. Fahad Mohameed AlKhawader, Pengarah Amal Yayasan Al Habeeb; Dr. Hazem Al Bassam, Profesor di Universiti Elektronik Saudi; Encik Mohammed Al Hameed, Pengarah Bahagian Strategi Yayasan AlSebai dan Encik Malek Al Raees, Pengarah Pembangunan Yayasan AlSebai, dimana mereka melahirkan kegembiraan mereka untuk melihat dengan lebih dekat akan teknologi moden di dalam proses e-pembelajaran universiti. Ketua Eksekutif MEDIU merasakan kunjungan ini dapat meningkatkan visi dan misi keseluruhan universiti di dalam bidang kerjasama dengan organisasi Islam lain.
Pada akhir kunjungan itu, para tetamu menyatakan kekaguman akan tahap yang telah dicapai oleh pihak universiti di dalam menyokong proses pembelajaran serta sumbangannya kepada pembangunan ilmu pengetahuan Islam dengan lebih luas.




