Lawatan Delegasi Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) ke OUM Pada 22 September 2015. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan, mewujudkan kerjasama dan perkongsian dalam usaha membangunkan program pembangunan akademik di universiti bagi menjayakan agenda dalam sektor pendidikan tinggi negara.
Delegasi MEDIU terdiri daripada:
- Assoc. Prof. Dr Hj. Wan Mat Bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik)
- Assoc. Prof. Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh, Dekan Fakulti Pendidikan
- Assoc. Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Dekan Fakulti Bahasa
- Asst. Prof. Dr. Bakare Kazeem Kayode, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar
- Puan Nurul Ashikin Abdul Latiff, Pegawai di Pejabat Pendaftar
- En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam
Mewakili Open University Malaysia (OUM) menyambut ketibaan delegasi MEDIU ialah Prof.Dr.Widad Binti Othman, Dekan Fakulti Pendidikan, Prof.Dr.Lim Tick Meng, Pengarah Institute for Teaching and Learning Advancement (ITLA) dan Encik Helmi, Pegawai di Jabatan Perhubungan Korporat.