fbpx

Kunjungan ke Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA)

logo

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) melawat Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam/ International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA) di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 15 September 2016. Lawatan diketuai oleh Dekan Penyelidikan Saintifik, Dr Ammar Abdulwahab diiringi oleh Dekan, Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran,  Dr. Mohammed Abdullah Ali Alkhawlani

Kunjungan pihak MEDIU disambut oleh Prof. Madya Dr. Said Bouheraoua; Timbalan Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Penyelidikan dengan tujuan untuk membincangkan cara-cara untuk membangunkan hubungan dan mengukuhkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak serta bertukar-tukar pengalaman di dalam keperluan bidang penyelidikan saintifiks, jurnal akademik dan kerjasama bengkel atau latihan antara kedua-dua institusi.

ISRA ditubuhkan untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dalam bidang Syariah dan kewangan Islam, juga bertindak sebagai repositori pengetahuan untuk pandangan syari’at (fatwa) dan menjalankan kajian berhubung isu-isu semasa dalam industri kewangan Islam.