fbpx

Lawatan ke AlHijrah Big Studio (ABS), Cyberjaya

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Wan Mat bin Sulaiman telah mengadakan lawatan rasmi ke Alhijrah Big Studio (ABS) di Cyberjaya, Selangor pada hari Selasa, 6 Mac 2018. Lawatan di atas jemputan pihak TV Alhijrah itu bertujuan untuk membincangkan kolaborasi untuk membangunkan hubungan diantara kedua-dua pihak, MEDIU dan TV AlHijrah di dalam rangka bidang ilmu pengetahuan khususnya di dalam pembangunan Bahasa Arab. Delegasi MEDIU telah disambut oleh Dato’ Hj. Shahlan Bin Ismail; TV AlHijrah Lembaga Pengarah dan Pengarah Perancangan Strategik untuk Pejabat Perdana Menteri, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah; Dato ‘Hj. Izelan Basar dan Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Dr. A.Bakar Bin Sarpon.

Dalam perbincangan bersama, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen berharap dapat menjalinkan ukhwah dan bekerjasama dengan TV AlHijrah di dalam bidang sains pendidikan dan menyebarkan bahasa Arab untuk saling memperkayakan Islam dan peradaban Islam. Dato’ Hj. Shahlan serta pihak pengurusan TV Alhijrah mengalu-alukan inisiatif dari pihak MEDIU dalam mengangkat maruah bahasa Arab dalam pendidikan, di mana beliau berharap dengan adanya kerjasama ini akan mewujudkan rasa cinta untuk bahasa Arab untuk membaca dan memahami bahasa tersebut.

Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah barisan pewakilan MEDIU yang terdiri dariipada Pengarah Pusat Pengajian Persediaan dan Bahasa (CPSL); Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Ketua Jabatan Perhubungan Awam; Ustaz Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Pemasaran; Encik Mohd Shahrin Ab Rahman dan Dr. Abduloh Usof; Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat