fbpx

Lawatan ke Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Fakulti Sains Islam(FIS) Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah melawat Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Isnin, 12 Mac 2018. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou; Dean FIS, Prof. Madya Dr. Usman Jakfar; Pengarah Pusat Pengajian Islam Al-Madinah, pensyarah fakulti iaitu Pen. Prof. Dr.Sami Samir Abdelfattah, Pen. Prof. Dr. Amaluddin La Mani dan En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam.

Lawatan ke Fakulti Pengajian Islam UKM bertujuan untuk membincangkan cara-cara untuk membangunkan hubungan antara kedua-dua universiti dalam rangka mutu bidang pengajian Islam dan bertukar pengalaman di dalam keperluan struktur kurikulum akademik. Perwakilan MEDIU disambut oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani, Dekan Fakulti Pengajian Islam; Dr. Mohammad Zaini Yahaya, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah; Dr. Abdull Rahman bin Mahmood, Pusat Akidah dan Keamanan Global; Prof Madya Dr. Ahamad Asmadi Sakat, Pusat Kelestarian Turath Islami dan Prof Madya Dr. Kamarudin Salleh, Pusat Akidah dan Keamanan Global.