Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Prof. Dr. Ab Rahim Ismail telah mengadakan kunjungan rasmi ke Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. (KMK), Shah Alam pada hari Khamis, 26 Oktober 2017. Kunjungan delegasi MEDIU adalah bagi membuka ruang kerjasama dalam bidang ilmu dan kemahiran industri di mana para perwakilan MEDIU telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KMK dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Hussamuddin Yaacub.
Di dalam pertemuan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU berharap dapat bekerjasama dengan pihak KMK dan WUI di dalam hal ehwal sains pendidikan serta menempatkan para pelajar bagi menjalani latihan industri. Datuk Hussamuddin Yaacub mengalu-alukan inisiatif pihak MEDIU di dalam mengangkat martabat bahasa Arab di dalam pendidikan, di mana beliau berkata, “Kami sememangnya menggalakkan orang ramai untuk belajar bahasa Arab untuk menjadikannya lebih mudah untuk memahami Al-Quran dan sejak #QuranHour diperkenalkan kepada masyarakat tempatan dan di peringkat antarabangsa, semakin ramai orang mempunyai keinginan untuk mendekati dan memahami Al-Quran.”
Beliau berharap dengan jalinan kerjasama yang bakal dilakukan bersama MEDIU, dapat mencetuskan lagi semangat cintakan Al-Quran untuk membaca, memahami dan mengamalkannya, Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Jabatan Perhubungan Awam MEDIU; Ustaz Jamaluddin Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif WUI; Puan Marhaini Yusoff dan Penasihat Rumah Ngaji merangkap Pensyarah MEDIU; Ustaz Safri Muhammad Zein.
Lihat paparan keratan akhbar:
Buka ruang kerjasama dalam bidang ilmu – Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/nasional/buka-ruang-kerjasama-dalam-bidang-ilmu-1.748571