Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Kuwait Zakat House pada hari Isnin, 24 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi semasa lawatan kerja beliau ke Kuwait baru-baru ini dengan objektif universiti untuk membina jambatan kerjasama antara pelbagai institusi khairat Islam dan organisasi di seluruh dunia.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara MEDIU dan institusi khairat antarabangsa dalam pelbagai bidang akademik dan dermawan institusi pendidikan, di mana beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah Zakat House, Dr. Ibrahim Ahmad Abdullah Saleh.
Kuwait Zakat House merupakan satu agensi kerajaan bersifat kebajikan dan kemanusiaan di bawah pengawasan Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Islam. Penubuhan agensi adalah sebagai langkah untuk memudahkan pengumpulan dan pengagihan Zakat dalam cara yang terbaik dan paling berkesan cara-cara berlandaskan syariat Islam melalui saluran dan sistem pentadbiran yang sah.

