fbpx

Lawatan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menganjurkan lawatan rasmi ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 9 Oktober 2016. Lawatan rasmi tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr . Mohammad Khalifa Al-Tamimi disertai Mr.Saad Al Hussein, Pernasihat Jabatan Hubungan Luar Penasihat dengan kehadiran Encik Jamaluddin Hussain, Ketua Perhubungan Awam dan Encik Mohd Shahrin Ab Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran. Delegasi pihak MEDIU telah disambut oleh Timbalan Yang diPertua MAIK, Y.Bhg Dr.Haji Nik Mohd Azlan bin Abd Hadi serta beberapa pegawai  MAIK.

Lawatan tersebut bertujuan untuk membincangkan matlamat bagi membangunkan hubungan yang baik di antara pihak MEDIU dan Majlis Agama Islam Kelantan di dalam hal membincangkan kerjasama yang berpotensi antara kedua-dua pihak, khususnya di dalam bidang pembangunan bidang pendidikan dan penubuhan cawangan kampus universiti ke arah pelaksanaan pada idea ‘Pusat Kecemerlangan Serantau Pengajian Islam khususnya di Negeri Kelantan mengikut prinsip di negeri ini’ Membangun bersama Islam’.