Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU),. Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi telah mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Islam Al-Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh, Arab Saudi pada hari Selasa, 1 November 2016 dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara MEDIU dan institusi pendidikan islam antarabangsa.
Prof.Dr.Mohammad disambut oleh Timbalan Rektor Komunikasi Antarabangsa, Dr Muhammad Said Al-Alam; Timbalan Rektor untuk Perkhidmatan Masyarakat dan Teknologi Maklumat, Dr. Abdul Rahman bin Abdullah Al-Saghyer dan Ddekan Teknologi Maklumat, Dr. Walid bin Abdulaziz. Objektif lawatan ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti akademik universiti serta mempelajari kepakaran mereka di dalam bidang teknologi bagi memastikan kualiti proses pendidikan.
Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah dan peranan universiti serta pencapaian akademik, khususnya di dalam program-program pengiktirafan akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 70 program akademik telah menerima status akreditasi penuh daripada 108 program yang ditawarkan oleh pihak universiti. Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
Universiti Islam Al-Imam Muhammad Ibn Saud (https://www.imamu.edu.sa/en) ditubuhkan pada tahun 1953 dan diberikan status universiti pada tahun 1974. Universiti tersebut mempunyai 10 fakulti pengajian dengan lebih daripada 24,000 orang pelajar dari pelbagai cawangan pembelajaran institusi Islam antaranya di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia, Djibouti dan Jepun.