Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) di Riyadh, Arab Saudi pada hari Khamis, 27 Oktober 2016 yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi semasa lawatan kerja beliau ke Kuwait dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara MEDIU dan institusi pendidikan islam antarabangsa
Beliau disambut oleh Dr. Khader Ben Ali Bashiri Zahrani, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Antarabangsa dan Ahli Pemegang Amanah Princess Nourah bint Abdulrahman University serta wakil-wakil dari Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa.
Lawatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak universiti dan institusi pendidikan Islam antarabangsa, di mana Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah dan peranan universiti serta pencapaian akademik, khususnya di dalam program-program pengiktirafan akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 70 program akademik telah menerima status akreditasi penuh daripada 108 program yang ditawarkan oleh pihak universiti. Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan berharap untuk jalinan usahama dalam bidang akademik dan penyelidikan saintifik.
Princess Nourah bint Abdulrahman University (PNU) (http://www.pnu.edu.sa/en) merupakan universiti wanita awam yang terletak di Riyadh, Arab Saudi dan merupakan universiti terbesar wanita di dunia ditubuhkan pada tahun 1970.







