Delegasi Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Malaya (UMCR) pada 20 April 2016. Mengetuai delegasi tersebut ialah Prof. Madya Dr. Sekou Toure, Dekan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan disertai oleh Prof. Madya Dr. Ashraff Hasan Mohammad , Dekan Pusat Pasca Siswazah, Prof. Madya Dr. Usman Jakfar , Dekan Fakulti Pengajian Islam, En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam dan En. Muhammad Zihni Khalid, Pegawai Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Telah menyambut ketibaan delegasi MEDIU ialah Penolong Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dr. Shaliza Ibrahim dengan diiringi Dr. Tan Hsiao Wei, Pengurus Penyelidikan, Dr. Bong Yu Bonn, Pengurus di Bahagian Penyelidikan dan Cik Saidatul Azura, Penolong Pegawai di Bahagian Penyelidikan di Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Malaya.