fbpx

Lawatan oleh Lembaga Tabung Haji, Malaysia

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan dari  Lembaga Tabung Haji, Malaysia pada hari Rabu, 21 September 2016. Kunjungan diketuai oleh Encik Radin Adi Hilmi, Pengurus Kanan Pelaburan Hartanah dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk membincangkan potensi kerjasama di antara kedua-dua organisasi dan juga untuk melihat perarakan universiti dan pencapaiannya.

Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi mengucapkan penghargaan di atas kunjungan tersebut dan pihak  Lembaga Tabung Haji memuji akan peranan universiti di dalam menegakkan prinsip Islamik di dalam pendidikan dan usaha yang dilaksanakan di dalam membina sistem pendidikan yang berorientasikan teknologi  di dalam kualiti pendidikan yang dinamik.

Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi kewangan Islam utama di Malaysia yang diasaskan pada tahun 1963 dengan pengalaman yang luas di dalam perkhidmatan Deposit,  Haji & Operasi dan Pelaburan dengan objektif untuk menyediakan khidmat cemerlang kepada semua jemaah haji Malaysia. Kini, TH terus berkembang pesat kedudukannya di dalam arena pasaran setempat dan antarabangsa dei dalam sektor pelaburan antaranta sektor perladangan, pembangunan hartanah dan pembinaan, kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas dan hospitaliti.