Program Dalam Pembangunan Akademik Untuk Program Ijazah Sarjana Ekonomi di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Yang telah dilangsungkan selama dua hari oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah bermula pada 7 September 2015.
Program yang berlangsung selama dua hari dan berakhir pada 8 September itu telah dibarisi oleh Prof. Datuk Dr Mad Nasir Shamsudin (UPM), Dr. Baayah Baba (UiTM), dan Prof. Madya Dr. Rozinah Jamaludin (USM) dengan diketuai oleh Puan Noor Azlin Sulaiman, Pegawai di Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Program ini adalah merupakan agenda memantapkan program Akademik dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi negara dengan tujuan bagi mewujudkan sistem dan modul yang lebih berkualiti menepati hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua.
Mewakili MEDIU dalam program pembangunan akademik pada kali ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Madya Dr. Hj. Wan Mat Bin Hj Sulaiman, Dekan Fakulti Kewangan dan Perniagaan dan beberapa orang Pensyarah di Fakulti Kewangan dan Perniagaan.
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)