Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan delegasi Institut Profesional Baitulmal (IPB) yang diketuai oleh Prof. Dr. Ismail bin Mat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik & Antarabangsa) pada hari Rabu, 4 Oktober 2017. Delegasi tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Emeritus Ismawi Zin di dalam rangka kerjasama antara MEDIU dan insituti pengajian tinggi yang lain, dengan objektif untuk melihat dengan lebih dekat orientasi sistem pendidikan universiti dalam kaedah e-pembelajaran.
Dalam lawatan itu, taklimat ringkas mengenai proses pentadbiran pendidikan universiti, gambaran keseluruhan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) dan Sistem Pengurusan Lanjutan i-Pengurusan (ALiM) telah disampaikan oleh Ketua Teknologi Maklumat, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir.