fbpx

Lawatan oleh Mantan Dekan Universiti Jordan (UJ)

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan dari Universiti Jordan (UJ) pada hari Isnin, 9 Januari 2017. Kunjungan tersebut diketuai oleh Mantan Dekan Fakulti Syariah dan Profesor Pengajian Siswazah, Prof. Dr. Abd Al-Majid Al-Salahin dan diiringi oleh Dr. Ibrahim Al-arnaout. Tetamu kehormat telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi dan Prof Madya Dr.AB Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan tujuan untuk melihat dengan lebih dekat dalam pelaksanaan universiti di dalam bidang pendidikan pembelajaran jarak jauh dan pencapaiannya.

Orientasi sistem pendidikan universiti serta penggunaan teknologi terkini dan kaedah e-pembelajaran di dalam sistem pendidikan moden telah diberi penerangan kepada para tetamu. Visual teknik dan proses pentadbiran pendidikan serta infrastruktur teknologi, gambaran mengenai Sistem Pengurusan Kampus (CMS) dan pembentangan mengenai Pembelajaran Lanjutan i-Management (ALIM) telah dibentangkan kepada para tetamu.

Pada akhir lawatan itu, tanda penghargaan telah disampaikan kepada para pengunjung dan menyampaikan rasa kagum mereka terhadap pencapaian MEDIU dengan menyatakan di dalam buku tetamu, “Saya dapat melihat pandangan Ketua Pegawai Eksekutif dan cita-cita beliau di dalam memperkayakan universiti di dalam penggunaan pembelajaran teknologi moden. Saya berdoa kepada Allah SWT untuk memberikan kekuatan di dalam mencapai matlamatnya serta memberi kejayaan di dalam penyebaranilmu penegathuan secara global.”