Al-Madinah International University (MEDIU) menerima tetamu terhormat dari Universiti Azal untuk Pembangunan Manusia, Yaman (http://auhd.edu.ye/en/) pada hari Isnin, 9 Julai 2018. Lawatan tersebut diketuai oleh Dr. Khaled Gillan, Pengerusi Universiti Azal dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen serta Prof. Madya Dr. Ammar Abdulwahab; Pensyarah Fakulti Kewangan dan Sains Pentadbiran dan Puan Puteri Aina Megat Ameir Noordin, Ketua Sekolah Antarabangsa Muamalat dan Kewangan.
Matlamat lawatan ini adalah untuk melihat pencapaian MEDIU dengan lebih dekat lagi serta mendapat manfaat daripada pengalaman dalam bidang penggunaan teknologi di dalam kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Dr. Khaled Gillan menyatakan kegembiraanya melawat MEDIU untuk melihat peluang kerjasama dan potensi kolaborasi di antara kedua-dua institusi di dalam bidang ilmu pengetahuan.





