fbpx

Lawatan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima lawatan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada hari Rabu,19 Jun 2019 dalam rangka lawatan penanda aras berkaitan ODL untuk melihat pembelajaran jarak jauh (ODL) yang diamalkan oleh pihak MEDIU serta meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua universiti.

Pihak perwakilan USIM telah diketuai Prof Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Ketua Pegawai Penerangan; Prof Madya Dr. Mohammad Najib Jaffar, Penyelaras e-Pembelajaran; Dr. Ahmad Fadly Nurullah Rasedee, Penyelaras Data Besar; Encik Mohd Saiful Abdul Samad, Timbalan Pengarah Bahagian Inovasi Pengajaran & Pembelajaran, GOAL-ITQAN dan Encik Mohd Syafaat Sapari, Penolong Kanan Pendaftar CIO. Para perwakilan USIM telah disambut oleh wakil-wakil MEDIU iaitu Prof. Dr. Ab Rahim Ismail; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Pelajar, Penyelidikan dan Inovasi, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir; Ketua Pegawai Teknologi, Asst. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki; Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Madya Dr. Doucoure Abdou Samadou; Dekan Fakulti Sains Islam dan Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega; Dekan Pusat Persediaan Pengajian dan Bahasa.

Antara perkara yang dibincangkan antara kedua-dua universiti adalah di dalam aspek persekitaran pembelajaran jarak jauh (ODL), rangka kerja untuk penyampaian program akademik secara dalam talian. Wakil-wakil universiti juga membincangkan kemungkinan bidang kerjasama dalam hal-hal pembangunan akademik yang lain.