Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah kunjungan delegasi dari Universiti Waidsum, Nigeria pada hari Jumaat, 9 Mac 2018. Delegasi tersebut diketuai oleh Asst. Prof. Dr. Engr. Abdulwahab Eedriss Deji, Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Waidsum dan disertai oleh Prof. Dr. Muhamad Abdulwahab, Dekan Hal Ehwal Pelajar. Kehadiran tetamu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU; Prof. Emeritus Ismawi Zen, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik; Prof. Dr. Ab. Rahim bin Ismail dan Prof. Dr. Daud Quadir Elega; Pengarah Pusat Persediaan Pengajian Bahasa.
Delegasi Universiti Waidsum menyatakan kesenangannya untuk menerima kunjungan mereka di dalam melihat aspek kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua-dua pihak di dalam bidang akademik, penyelidikan saintifik dan teknologi. Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Waidsum menyatakan kegembiraan mereka untuk melawat MEDIU untuk melihat dengan teliti teknologi moden dalam menyokong proses e-pembelajaran dan untuk mengenal pasti kerjasama yang berpotensi dalam disiplin pengajian universiti dalam menyebarkan pengetahuan di seluruh dunia.
Universiti Waidsum (http://www.waidsum-university.com/) merupakan sebuah universiti di dalam mod pembelajaran ‘on-line’ yang terletak di Pulau Victoria, Lagos Nigeria. Visi universiti adalah untuk membina generasi akan datang yang mampu berfikir secara analitik dan kritis yang kreatif, berkesan, tegak moral, bangga dengan identiti budaya mereka, serta mampu memimpin bangsa mereka dalam pelbagai bidang. Antara pengkhususan fakulti yang terdapat di universiti adalah dalam bidang Perniagaan, Pendidikan, Pengajian Arab & Islam, ICT, Kesenian, Undang-Undang, Kejuruteraan dan Sains Kesihatan Perubatan.


