fbpx

Lawatan Pembangunan Akademik Dari MQA

[Best_Wordpress_Gallery id=”4″ gal_title=”MQA Pemantapan Akademik-2″]

Agenda memantapkan program Akademik dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi negara dengan tujuan bagi mewujudkan sistem dan modul yang lebih berkualiti menepati hala tuju dasar dan inisiatif pelaksanaan yang direncanakan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan yang dinamik serta memenuhi hasrat dan keperluan semua telah dilaksanakan oleh badan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) melalui lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 April 2015.

 Prof. Madya Dr Wan Mat Bin Hj Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU (Hal Ehwal Akademik) telah memulakan majlis dengan ucapan aluan dan seterusnya penerangan secara ringkas tentang MEDIU oleh Puan Nuru Asyikin selaku Pegawai Bahagian Akademik . Turut bersama meraikan delegasi MQA ialah Dekan Institut Pengajian Siswazah Dr Ahraf Hassan, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Usman Jakfar, Dekan Fakult Bahasa Prof. Madya Dr. Daud Olega, Dr. Elsayed Mohamed Salem, Ketua Jabatan Bahasa Arab di Fakulti Bahasa, Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed, Ketua Jabatan Kesusasteraan Arab di Fakulti Bahasa, Ketua Jabatan Bahasa Arab di Pusat Bahasa, Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen dan   Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam iaitu Dr. Hussein Ali Omar Al-Zomi dan Asst. Prof. Dr. Umar Aliyu Abubakar.

Lawatan ini betujuan untuk Program Pembangunan Dalam Sektor Pendidikan Tinggi Negara khusus dalam ‘Bachelor of Islamic Sicence (Hons) in Da’wah’ ,   ‘Bachelor of Islamic Sicence (Hons) in Al-Hadith’ , ‘Bachelor of Islamic Sicence (Hons) in The Science of Al-Quran’ , ‘Master in Arabic Literature and Literacy Critism’ , dan ‘Master in Arabic Language’.

Delegasi yang diketuai oleh En. Norisham bin Mohamed Noor dan Puan Nor Mini Othman, Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) ini telah disertai oleh :

 

    • Assoc Prof Ezani Yaakub – UiTM

 

    • Dr. Wan Zulkifle Wan Hassan – UKM

 

    • En. Hazamzaem Husin – Multimedia Univ.

 

    • Dr. Berhanudin Abdullah – UNISZA

 

    • Dr. Faizuri Abd Latif – UM

 

    • Dr. Mohd Faizal Abdul Khir – Kolej Univ Islam Sultan Azlan Shah

 

    • Assoc Prof Dr Shayuthy Abdul Manas – UIA

 

    • Dr. Faisal Ahmad Shah – UM

 

    • Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri – USIM

 

    • Assoc Prof Dr Engku Ahamd Zaki Engku Alwi – UNISZA

 

    • Dr. Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri – USIM

 

    • En. Hazamzaem Husin – Multimedia Univ.

 

    • Dr Noor Azizi bin Ismail – USIM

 

    • Assoc Prof Dr Zakaria bin Omar – UIA

 

    • Dr Mat Taib Pa – UM

 Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)