fbpx

Lawatan Pengetua-Pengetua Sekolah Aliran Agama Selatan Thailand

MEDIU telah menerima kunjungan delegasi dari pengetua-pengetua sekolah aliran agama di Selatan Thailand pada hari Khamis, 18 April 2019. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Tuan Koddaree Binsen, Pengetua Bustanuddin High School (Islamic), Chanal, Songkla, Thailand dengan kehadiran pengetua-pengetua sekolah menengah aliran agama di Selatan Thailand yang merangkumi beberapa wilayah iaitu Narathiwat, Songkla, Yala, Pattani dan Satun.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh wakil universiti antaranya Ketua Eksekutif (KE) MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen; Timbalan KE, Prof. Dr. Ab Rahim Ismail; Timbalan KE Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff dan Prof. Madya Dr. Besar bin Ngah; Pengarah pusat pengurusan penyelidikan dimana perbincangan diadakan dari kedua-dua belah pihak untuk pembangunan kobolarasi dalam bidang akademik bagi memberi ruang kepada para pelajar di Selatan Thailand untuk mengikuti pengajian MEDIU.

Sebelum ini, pihak MEDIU telah mengunjungi beberapa sekolah beraliran agama di Selatan Thailand pada bulan Februari 2019. Semasa kunjungan sekolah-sekolah tersebut, pihak MEDIU telah memberi penerangan ringkas mengenai universiti, program akademik yang ditawarkan serta cara pemohonan kemasukan universiti.