fbpx
Lawatan Perpustakaan Awam Raja Abdulaziz, Riyadh, Arab Saudi ke MEDIU

Al-Madinah International University(MEDIU) menerima tetamu yang dihormati dari Perpustakaan Awam Raja Abdulaziz (http://www.kapl.org.sa/) Riyadh, Arab Saudi pada Isnin, 15 April 2019. Lawatan itu diketuai oleh Prof. Dr. Abdulkareem A. Al-Zaid, Timbalan Pengarah Perpustakaan Awam Raja Abdulaziz (KAPL) dan Encik Abdullah Bin Mohammed Al-Shehry, Pengurus Pejabat Timbalan Pengarah. Tetamu dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan di hadapan Prof. Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan serta fakulti akademik universiti.

Semasa lawatan itu, sorotan MEDIU disampaikan oleh Ketua Pegawai Teknologi, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir dan penerangan berkaitan perpustakaan MEDIU oleh Encik Fahed Al Kerdi, Pengarah Perpustakaan. Tetamu kehormat menyatakan penghargaan di atas usaha yang dilakukan oleh perpustakaan universiti itu dan memorandum persefahaman ditandatangani untuk kerjasama masa depan antara kedua-dua pihak.

Sebelum lawatan ke MEDIU, tetamu kehormat melawat Perpustakaan Negara Malaysia bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU dan kedatangan delegasi MEDIU serta Perpustakaan Awam Raja Abdul Aziz dialu-alukan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, YBhg. Dato’ Nafisah Ahmad diiringi Penolong Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Puan Beghum Ulfhat Shehnaaz binti Amir Razali serta barisan pegawai kanan perpustakaan. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada sesi institusi masing-masing dan seterusnya perbincangan untuk kerjasama saintifik yang mampu membawa kesan dan manfaat yang besar kepada masyarakat dari seluruh dunia dan generasi akan datang. MEDIU juga diwakili oleh Encik Fahed Al Kerdi; Pengarah Perpustakaan, Encik Ahmad Fallatah; Ketua Jabatan Pengantarabangsaan dan Encik Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam.