Kakitangan dan pensyarah Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengunjungi Sekolah Menengah Agama (SMA) An-Nahdzah, Bukit Besar, Kota Sarang Semut di Kedah pada 26-27 November 2016. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program Mubeen di dalam memberikan seminar bahasa Arab secara percuma kepada para pelajar-pelajar sekolah tinggi islam. Sesi yang diadakan di Kedah merupakan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Jabatan Hal Ehwal Agama.
Pihak universiti telah diwakili oleh kakitangan Jabatan Pemasaran MEDIU antaranya Encik Aymen Ayub; Ketua Unit Pelajar Antarabangsa dan Encik Azzam Ehsan; Ketua Unit Media serta wakil-wakil dari program Mubeen antaranya Encik Kutaiba Jaafar, Prof.Madya Dr. Sekou Toure, Encik Ahmed Muhamed Wafiq Othman dan Encik Abdul Fattah Balkaher. Lawatan ini telah memberi peluang kepada para pelajar epasan sekolah STAM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program akademik yang tawarkan serta aktiviti promosi oleh wakil Jabatan Pemasaran universiti.
Program Mubeen merupakan latihan intensif di dalam pembelajaran Bahasa Arab kepada penutur bukan Arab, melalui kursus-kursus yang pelbagai bersesuaian dengan keperluan para pelajar melalui aplikasi talian WiziQ. Program Mubeen merupakan kerjasama bersama dengan Tawq International Services yang berpangkalan di Arab Saudi. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dilihat di http://qalam.mediu.edu.my