Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengunjungi Pusat Hal Ehwal Dunia Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Selasa, 20 September 2016. Lawatan ini telah diketuai oleh Dekan Penyelidikan Saintifik, Dr Ammar Abdulwahab dan diiringi oleh Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz.
Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Pusat, Prof.Dr. Waleed Fekry Faris dengan tujuan untuk membincangkan cara-cara bagi membangunkan hubungan dan mengukuhkan potensi kerjasama diantara kedua-dua pihak dan bertukar-tukar pengalaman dan pandangan di dalam bidang penyelidikan saintifik universiti dan jurnal saintifik di antara kedua-dua universiti.