Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menganjurkan lawatan ke Pejabat Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 20 September 2016. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi disertai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan; Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail, Encik Saad Al Hussein, Penasihat Perhubungan Antarabangsa bersama-sama dengan wakil-wakil dari Jabatan Perhubungan Awam; Ustaz Jamaluddin Hussain dan Encik Ahmad Fallatah.
Lawatan rasmi tersebut bertujuan untuk membincangkan cara-cara untuk membangunkan hubungan antara kedua-dua pihak sebagai langkah untuk mengukuhkan kerjasama yang berpotensi ke arah membina pembangunan Islamik di dalam bidang pendidikan. Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi menyatakan kegembiraan beliau melawat Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan memberikan serba sedikit penjelasan mengenai sejarah dan pencapaian universiti serta mengambil peluangmenjemput Yang Dihormati Mufti Wilayah Persekutuan untuk melawat universiti kelak.