Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelidikan dan Institut Latihan Islam (IRTI) di Jeddah, Arab Saudi pada hari Selasa, 18 Oktober 2016. Beliau disambut oleh Ketua Pengarah, Professor Azmi Omar dan Pengarah Latihan Jabatan Perkhidmatan Ilmu dan Maklumat, Dr. Ahmed Ibrahim Iskanderani.
Prof. Dr. Mohammad Khalifa menyatakan kunjungan rasmi ini bertujuan untuk membina hubungan dan mengukuhkan kerjasama di antara universiti dengan pihak institusi Islamik yang berpengalaman di dalam bidang penyelidikan akademik dan saintifik. Semasa perjumpaan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan potensi untuk bekerjasama di dalam projek-projek penyelidikan, latihan dan perundingan khususnya dalam bidang kewangan Islam. Potensi kerjasama kelak akan dibincangkan semasa kunjungan pihak IRTI ke Malaysia bagi Forum Antarabangsa Ulama Syariah yang akan berlangsung pada 1-2 November 2016 di Kuala Lumpur.
Institut Penyelidikan dan Latihan Islam (IRTI) merupakan gabungan daripada Kumpulan Bank Pembangunan Islam bertanggungjawab untuk menerajui pembangunan dan mengekalkan yang Industri Perkhidmatan Kewangan Islam yang dinamik dan menyeluruh yang menyokong pembangunan sosio-ekonomi di negara-negara anggota.







