Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan lawatan sehari ke bandar bersejarah Melaka pada hari Khamis, 17 Ogos 2017. Negeri Melaka terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Johor, hanya setengah jam perjalanan dari ibu negara, Kuala Lumpur. Lawatan santai tersebut diketuai oleh kakitangan Jabatan Aktiviti Pelajar, Saudara Hani Mohammed Naji Al Duais dan Saudara Syed Mahbubul Alam Al-Hasani.
Lawatan tersebut telah menarik hampir 20 pelajar antarabangsa uuntuk mendapatkan lebih banyak pendedahan mengenai daya tarikan bandar bersejarah tersebut serta mengeratkan ukhwah bersama-sama dengan pelajar lain bagi meneroka pelbagai tarikan menarik di negeri Melaka antaranya A’Famosa Resort dan Melaka Heritage Town, A’Famosa Fort, Bangunan Stadthuys, Taman Budaya Mini Malaysia, Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Muzium Maritim, Kanun Pertahanan Riverside, Jonker Walk (Chinatown), St Paul Hills dan Menara Taming Sari.