Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengadakan Program Pemantapan Bahasa Arab Bersama Pelajar-Pelajar SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka pada hari Isnin, 9 Mac 2018. Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Imtiaz Ulul Albab Melaka khususnya pelajar tingkatan lima serta memberi pendedahan dari pelbagai aspek didalam pembelajaran Bahasa Arab dengan aktiviti yang lebih menarik. Di dalam program ini juga para pelajar Sekolah Imtiaz Ulul Albab Melaka telah menampilkan keupayaan mereka dalam persembahan dan aktiviti aktiviti yang akan dipersembahkan.
Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka merupakan sebuah sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang telah beroperasi sejak tahun 2012. Sekolah ini telah diasaskan oleh Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dimana pendidikan yang digunapakai adalah berkonsepkan gabungan dwi-aliran iaitu kurikulum kebangsaan yang digabungkan dengan program Al-Quran.
Lawatan akademik tersebut telah diketuai oleh Ketua Unit Hal Ehwal Akademik, En. Mohd Ikhwan bin Zahari, En. Alwi Juhdi Astar, En. Izzat Khairil bin Salim dan Cik Sakinah bt Syarifuddin. Turut mengiringi pelajar-pelajar ialah Jawatan Kuasa Penyelaras Tingkatan 5 Bahagian Hal Ehwal Akademik, En. Razman Mohammad dan Puan Noor Saadah Bt Jaafar. Ketua Eksekutif MEDIU Prof. Emer. Dr. Ismawi Zen telah memulakan dengan ucapan kata-kata aluan dan suntikan semangat kepada pelajar-pelajar dan seterusnya ucapan pengenalan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka yang telah disampaikan oleh ketua delegasi, En. Mohd Ikhwan bin Zahari. Program ini dipengerusikan oleh Saudara Syed Amir Bin Habib, Pembaca Berita Edisi Arab TV Alhijrah yang juga merupakan Siswa Fakulti Pengajian Sains Islam MEDIU di dalam bidang Sains Al-Quran.
Membarisi kakitangan dan pensyarah dalam menjayakan program yang telah diberikan kerjasama penuh oleh mahasiswa mahasiswi MEDIU ini adalah Prof. Madya Dr. Abdulwasiu Isiaq Nasirudeen; Dekan Fakulti Bahasa, Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega; Pengarah Pusat Persediaan Bahasa, Prof. Madya Dr. Flayyih Mudhhi Ahmed; Ketua Jabatan Sastera Fakulti Bahasa, Dr. Abduloh Usof Timbalan Pengarah; Sebawaeh Centre For Consultancy and Services (SCCS) dan En Mohd. Shahrin bin Ab Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran.
Berita kunjungan SM Imtiaz Ulul Albab ke MEDIU di TV Alhijrah https://www.facebook.com/315390758484298/videos/1774275439262482/?hc_ref=ARTNbhwNd2N-BVFgdq4cBastM5-9sJX4ux-iAHJEZGS8qjzd93_LWWfp0dV6WaJLbw0&fref=nf






















