fbpx

Lawatan dari Tertiary Education Trust Fund (TETFund), Nigeria

Al-Madinah International University (MEDIU) telah menerima kunjungan delegasi Tertiary Education Trust Fund (TETFund) yang berpusat di Abuja, Nigeria pada hari Selasa, 15 Oktober 2019. Lawatan susulan tersebuat bertujuan membuat pemantauan kepada tahap pelajar mereka, yang berada di bawah biasiswa TETFund dan untuk membina hubungan dengan pihak universiti. Delegasi ini diketuai oleh Sir Mallam Buhari Mika’ilu yang diiringi oleh wakil-wakil TETFund iaitu Mr. Ifeanyi Okolo, Mabel Abraham, Mariya Babayo, Aisha Magaji, Mohammed Ado Danjuma dan Nancy Callistus.

TETFund merupakan sebuah Agensi Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Persekutuan Pendidikan di Abuja, Nigeria. Ia menyediakan dana untuk memperbaiki pengajaran dan infrastruktur pembelajaran serta bahan sumber, kemudahan dan kandungan pengajaran. MEDIU dipilih sebagai antara institusi asing yang berwibawa bagi pelajar yang terpilih untuk meneruskan pelbagai program ijazah di bawah penajaan mereka. TETFund sebagai dasar akan memantau semua pelajar tajaannya dari semasa ke semasa bagi memantau prestasi pelajar serta berinteraksi dengan dengan pihak pengurusan universiti. Maklumat lanjut mengenai TETFund boleh melayari http://tetfund.gov.ng/

Delegasi TETFund disambut oleh Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hal Ehwal Akademik & Penyelidikan MEDIU, Prof. Dr. Daud Abdul Quadir Elega, Pusat Pengajian Persediaan & Bahasa Dean; Asst. Prof. Dr. Tayeb Mebrouki, Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, pensyarah fakulti dan lain-lain.