fbpx

Lawatan oleh University of Hargeisa (UOH), Somaliland

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan delegasi dari Universiti Hargeisa (UOH), Republik Somaliland pada hari Selasa, 25 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Presiden UOH, Dr. Mohamud Yousuf Muse dan disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr.Haji Wan Mat Haji Sulaiman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Prof. Madya Dr.AB Rahim Ismail dengan tujuan untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan MEDIU sebagai universiti yang berasakan pembelajaran jarak jauh serta pencapaiannya menggunakan aplikasi teknologi moden.

Semasa lawatan tersebut, orientasi sistem pendidikan universiti serta penggunaan teknologi yang digunakan sebagai perintis dalam kaedah e-pembelajarantelah dibentangkan kepada para tetamu. Pada akhir lawatan, cenderahati telah disampaikan kepada delegasi dan Dr. Mohamud Yousuf Muse telah menyatakan di dalam buku tetamu, “Syukur, di atas peluang dan kesempatan untuk melawat Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Malaysia untuk melihat lebih dekat kepada program akademik yang ditawarkan dan sistem teknologi pembelajaran moden yang digunakan oleh pihak universiti. “

Universiti Hargeisa (http://huniversity.net/) ditubuhkan pada tahun 2000 terletak di ibu negara dan hab perniagaan di Somaliland. UOH komited untuk menyediakan pelbagai kursus akademik dengan matlamat untuk memberikan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di dalam bidang kerjaya dan masa depan kelak serta dapat menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan profesional di Somaliland.