fbpx

Lebih 2000 Orang Penduduk Meru Solat Bersama Ustaz Anas di Masjid Asy Syarif

[slideshow id=165]

05 Ogos 2013 – Malam ke 27 Ramadhan telah menyaksikan lebih 2,000 penduduk sekitar Meru telah turut serta melaksanakan ibadah Solat ‘Isyak dan Taraweh berjamaah bersama Mohammad Anas Najee al Hafiz di Masjid As-syarif, Pekan Meru, Pensyarah dari Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Sempena malam yang ke 27 Ramadhan 1434, MEDIU dengan kerjasama Masjid Asy Syarif, Meru telah berjaya melangsungkan progam menghidupkan Ramadhan yang merupakan salah satu agenda MEDIU sepanjang Ramadhan 1434.

Ustaz Mohammad Anas Najee merupakan warga Syria dan beliau telah mengimamkan solat ‘Isyak dan Tarawih 20 rakaat. Masjid Asy Syarif merupakan masjid terbesar di Pekan Meru yang terletak lebih kurang 20 km dari Bandar Shah Alam. MEDIU amat menghargai kerjasama daripada jawatankuasa pengurusan Masjid Asy Syarif bagi menjayakan program ini sebagai menjalankan kewajipan beribadah dan usaha membangunkan modal insan serta memakmurkan masjid dan surau.