Pelajar Al-Madinah International University (MEDIU) di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menyertai Perlawanan Liga Kriket Bangladesh yang berlangsung pada 16-17 September 2017 di Stadium Universiti Selangor (UNISEL) Kampus Bestari Jaya, Selangor. Perlawanan ini dianjurkan oleh Kesatuan Pelajar Bangladesh Malaysia(BSUM) dengan hampir 15 pasukan penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Pasukan ‘Rising Star’ dari MEDIU berjaya di tempat ke-4 dari 15 pasukan dan layak untuk pusingan separuh akhir, dimana mereka telah bersaing dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hari pertama perlawanan dan Universiti Asia Pasifik (APU) pada hari kedua. ‘Rising Star’ diketuai oleh Encik Syed Mahbubul sebagai Pengurus Pasukan, Mahin Mustafiz (Kapten) dan Jubayed (Naib Kapten) dengan barisan pemain utama iaitu H. Rana, Shohan, Atik, Annaf, Jubayer, Faruk, Monir, Hasan Kabir dan Hasan Nur dan pemain simpanan; Shahajul, Najmul, Shuvo dan Jobayer.