Al-Madinah International University (MEDIU) yang diketuai oleh Jabatan Perhubungan Awam baru-baru ini mengadakan perhimpunan kakitangan untuk perayaan Eid 1440H pada hari Selasa, 18 Jun 2019. Majlis tersebut yang dihadiri oleh semua kakitangan MEDIU dan diketuai oleh Ketua Eksekutif MEDIU; Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen serta disertai oleh barisan pengurusan tertinggi universiti.
Semasa majlis tersebut, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen mengucapkan Salam Aildiltfitri kepada semua kakitangan universiti dan berdoa agar Allah SWT membawa kegembiraan, kebahagiaan, kedamaian dan kemakmuran pada kesempatan yang diberkati ini. Semangat persaudaraan di kalangan pekerja universiti dicerminkan dalam kepelbagaian budaya mereka di mana perhimpunan tersebut diadakan dengan kepelbagaian hidangan oleh setiap jabatan universiti yang disumbangkan oleh pekerja universiti dari pelbagai budaya dan negara.