Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menghadiri Majlis Pelancaran dan Sesi Taklimat Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu Bagi Tujuan Penganugerahan Kredit [APEL(C)] & Pindahan Kredit Massive Open Online Courses (MOOCs) yang telah diadakan di Hotel Hilton,Petaling Jaya pada hari Selasa, 27 September 2016.
Program dimulakan dengan kata aluan oleh Yang Berbahagia Dato’ Prof. Dr.Rujhan Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata dengan adanya pelancaran ini, membolehkan individu yang menyambung pelajaran memendekkan tempoh pengajian berbanding pengajian biasa. Beliau berkata [APEL (C)] adalah bagi individu yang mempunyai pengalaman kerja atau menduduki kursus pendek tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik, manakala (MOOCs) adalah untuk pembelajaran dalam talian mendapat pindahan kredit bagi subjek dalam program akademik di institusi pengajian tinggi.
Perlaksaan ini sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 yang menekankan pembelajaran dalam talian iaitu “Globalized Online Learning” bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, menjimatkan kos, mendedahkan kepakaran pendidikan Malaysia ke peringkat dunia dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan rakyat Malaysia.
MEDIU telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Prof.. Prof. Dr. AB Rahim diiringi oleh Dekan Pembangunan Universiti dan Kualiti; Asst. Prof. Dr. Bakare Kazeem Kayode dan Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Encik Jamaluddin Hussain.