fbpx

Majlis Penyampaikan Projek Terbaik Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat Sept 2016

Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat (FCIT) baru-baru ini telah mengadakan satu majlis penyampaian hadiah bagi  para pelajar fakulti yang telah memberikan persembahan projek terbaik pada sesi semester 2016 bagi program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pembangunan dan Pentadbiran) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Pengurusan Sistem Maklumat). Program ini telah diadakan pada hari Selasa, 17 Januari 2017 yang diketuai oleh Dekan Fakulti; Asst. Prof. Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz, Ketua Jabatan IT; Asst. Prof. Dr. Mamoun Mohamad Jamous dan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Asst. Prof. Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary dengan kehadirantenaga pengajar dan para pelajar fakulti,

Antara projek terbaik  Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat  bagi semester September 2016 adalah projek Sticky Note Android Application, Azkar Mobile Application dan Online Bus Reservation System.

Pada akhir majlis tersebut, Dr Wael dan Dr. Mamoun telah memberikan beberapa tips bagi para pelajar di dalam pemilihan projek mereka pada masa akan datang dan menegaskan akan kepentingan di dalam meneroka kemahiran di dalam bidang teknologi baru.