Bengkel Pengurusan Masa telah dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU). Bengkel yang telah diadakan pada 24 November 2015 bertempat di Dewan Kuliah tingkat 14, Plaza Masalam ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam realiti di menara gading. Bengkel bersiri yang dijadualkan berlangsung selama satu minggu ini telah menampilkan beberapa orang pensyarah MEDIU yang telah berkongsi pengalaman dengan mahasiswa tentang pengurusan asa yang lebih berkesan. Pendedahan kenapa pentingnya mengurus masa, bagaimana mengurus masa, halangan dalam pengurusan masa dan pelbagai lagi dalam bengkel ini telah membuka minda mereka untuk menghargai dan mengurus masa dengan berkesan.
Mahasiswa kebiasaannya menghadapi kesukaran dalam mengurus masa untuk aktiviti belajar, aktiviti kemasyarakatan, tugasan, kuiz, ujian dan peperiksaan yang banyak tidak cukup masa untuk disiapkan. Terdapat juga yang terlibat dengan persatuan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti program. Sebahagiannya ada yang mengeluh masa tidak cukup dan sentiasa sibuk.
Pembentangan pertama pada siri ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Cader Mohamed Aboobucker, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam . Sebelum itu Ucapan pembukaan telah diambil peranan oleh Prof. Dr. Ir. Wan Mahmood Bin Ab. Majid, Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)