Kursus Kemahiran Aplikasi Excel Dalam Teknologi Maklumat telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada hari Khamis, 5 Jun 2014. Telah menampilkan Penceramah yang berpengalaman selama lebih 15 tahun dan 6 tahun bersama MEDIU iaitu En. Wesam Hassan Awadd, Timbalan Dekan Bahagian Kemasukan dan Pendaftaran. Menurut En. Wesam kursus ini bertujuan bagi mebina kemahiran dalam aplikasi excel yang merupakan satu keperluan bagi semua jabatan dan fakulti yang terbukti telah membentuk jalinan kerja yang lebih profesional bagi memproses data berkaitan akademik dan pelajar. “Aplikasi pada Microsoft Excel adalah lebih mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna termasuk proses merekodkan, menyusun dan menganalisis”. Ujar En. Wesam Hassan Awadd.
Sebelum itu MEDIU telah menganjurkan latihan kemahiran berkenaan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) yang telah memfokuskan tentang peranan dan skop kerja dalam Perkhidmatan Pelanggan, Jabatan Pemasaran, Jabatan Peperiksaan dan Rekod serta kaedah penggunaan dan peranan sistem CMS, CRM, ‘WhosOn Live Chat’ dan portal pelajar.