fbpx

MEDIU Anjur Program Ihya’ Ramadhan

[Best_Wordpress_Gallery id=”33″ gal_title=”Ihya Ramadhan -Tazkirah”]

Bagi meneruskan Program Ihya’ Ramadahan yang telah dilaksanakan seperti tahun tahun yang lalu, salah satu program yang mermanfaat dan terbuka untuk umum telah dilangsungkan pada Ramadhan kali ini iaitu Tazkirah selepas solat Zuhur.

Tazkirah kali ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Al-Fadhil Dr. Hameed Mohammed Aali Al Iranii. Pembukaan bicara beliau ialah dengan sepotong ayat al Quran
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}
Wahai-wahai orang-orang yang beriman! Telah difardhukan keatas kamu kewajipan berpuasa seperti
mana telah difardhukan keatas umat sebelum kamu, moga – moga kamu semua menjadi orang yang bertakwa.

Hikmah kewajipan telah dijelaskan melalui ungkapan ( لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ) yang menunjukkan bahawa amalan berpuasa pada bulan Ramadhan merupakan unsur terpenting bagi membina ketakwaan kepada Allah Subhanahu Wataala. Kebenaran dari Kenyataan ini dapat dilihat pada pelaksanaan puasa yang memiliki urusan melaksanakan perintah Allah ( امتثال أمر الله ) dan menjauhi dari perkara-perkara yang ditegah (واجتناب نهيه)

Betapa tingginya kedudukan amalan berpuasa pada bulan Ramadhan kerana Kedua-dua amalan tersebut telah melengkapi ciri-ciri ketakwaan kepada Allah. Orang yang berpuasa akan melaksanakan perintah Allah dan orang-orang berpuasa juga meninggalkan perkara yang ditegah semasa berpuasa seperti makan dan minum, tuntutan nafsu dan syahwat dan perkara-perkara lain lagi yang termasuk di dalam perkara yang membatalkan puasa

Menurut Dr. Hameed lagi bahawa kewajipan berpuasa juga akan melatih seseorang bagi memelihara hubungan dengan Allah serta membentuk seorang muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala. Atau dengan kata lain bahawa kewajipan berpuasa yang telah difardhukan oleh Allah pada bulan Ramadhan memiliki kelebihan yang amat banyak.

Beliau juga telah menyeru agar kewajipan ini dilaksana dan dipelihara dengan baik supaya dapat mencapai segala kelebihan yang deperuntukkan oleh Allah Subhanahu Wataala sepanjang bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
www.mediu.edu.my