fbpx

MEDIU ANJURKAN BENGKEL PENGAYAAN DALAM KEMAHIRAN PARA DA’I

[Best_Wordpress_Gallery id=”15″ gal_title=”Pengayaan”]

Al-Madinah International University (MEDIU) dengan kerjasama Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur telah menganjurkan ‘BENGKEL: Pengayaan Dalam Kemahiran Para Da’i pada 21 Mei 2015 (Khamis) bertempat di Grand Patio,Tkt. 2, Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

Bengkel selama satu hari itu telah disertai oleh para pendakwah, wakil dari Jabatan dan Agensi Kerajaan, wakil dari institusi Pendidikan Tinggi dan wakil dari agensi dan pertubuhan dakwah peringkat negara dan antarabangsa.

Diantara jabatan, institusi dan agensi yang terlibat bagi menjayakan bengkel ini ialah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Politeknik Port Dickson , Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Mufti Negeri Selangor , Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam, Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam (ACIS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Kumpulan Karangkraf, Berita Harian, Pertubuhan Islam Darussalam Amarika Syarikat , Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Universiti Selangor (UNISEL), Sekolah Arab Saudi Kuala Lumpur, Kedutaan Arab Saudi, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan mahasiswa peringkat Ph,D dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi ini telah menjemput Atase Agama di Kedutaan Arab Saudi, Syeikh Abd Rahman Al Bulaihiy sebagai pembentang utama.