fbpx

MEDIU kini ahli MyQAN (Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network)

myqan

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah diakui sebagai ahli Malaysian Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) pada 14 November 2016, ke arah mencapai matlamat dan visi universiti di dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan.

MyQAN adalah rangkaian jaminan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia dengan matlamat untuk memupuk sistem jaminan kualiti yang mapan dan matang serta budaya di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dengan menjadi ahli MyQAN, ia membolehkan pihak universiti untuk memahami dan membincangkan cabaran yang dihadapi oleh mereka di dalam menguruskan jaminan kualiti dalaman dan bagaimana untuk mengatasinya, mendapatkan dan berkongsi amalan baik untuk mengukuhkan jaminan kualiti dalaman, menyumbang di dalam memupuk kualiti pendidikan di Malaysia dan melibatkan diri dengan pihak berkuasa mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan strategik kepada institusi berkenaan.