Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melancarkan Misi Kemanusian Untuk Muhajirin Rohingya
dibawa pengelolaan Unit Khidmat Masyarakat MEDIU pada 19 Jun 2015
“Suhubungan itu, MEDIU amat berharap agar program ini mendapat kokongan,kerjasama dan keperihatinan daripada semua lapisan masyarakat bagi menyumbang keperluan harian untuk membantu Muhajirin Rohingya yang telah menjadi mangsa kezaliman ekstrimis dan Junta Tentera Myanmar. Mereka menjadi pelarian dari bumi sendiri, Mereka hidup dengan penuh kepayahan dan penderitaan”.
“Mereka perlu meneruskan kehidupan, mereka perlu harungi kepayaan yang menimpa. Anak-anak mereka juga memiliki naluri seperi anak-anak kita untuk tidak tercicir dari alam pembelajaran”. Ujar Prof. Madya. Dr Ismail Bin Mat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Pelajar semasa sesi pelancaran Misi Kemanusian Untuk Muhajirin Rohingya di MEDIU .
Jenis bantuan yang dikumpulkan di dalam misi pada kali ini ialah pakaian harian , pakaian untuk ibadah, selimut, bantal, alas tempat tidur, makanan kering, makanan dalam tin, kelengkapan peribadi, Al-Quran dan alat tulis.
Menurut Prof. Madya Dr. Ismail lagi, pengumpulan barang yang telah bermula sekarang dikumpulkan di pintu masuk utama MEDIU, Tingkat 4, Plaza Masalam dan boleh berusan dengan Puan Bibi Asma di talian 03 5511 3939 sambungan 709