Dalam menyokong usaha pendidikan yang berterusan dan menyebarkan ilmu pengetahuan ke seluruh dunia Islam; MEDIU yang didaftarkan secara rasmi di Kementerian Pengajian Tinggi, telah melancarkan laman web versi Bahasa MELAYU di pautan; http://www.mediu.edu.my/mal
Portal MEDIU kini boleh dilayari dalam tiga (3) pilihan bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu.
Selain itu, MEDIU juga turut berhasrat untuk menghasilkan laman web dalamversi Bahasa Perancis bagi menyebarkan ilmu pengetahuan dan maklumat untuk sasaran negara-negara di rantau Eropah.
MEDIU merupakan sebuah universiti bukan berasaskan keuntungan di mana ia ditubuhkan di Malaysia yang menghubungkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia dengan kaedah pembelajaran berasaskan teknologi moden dan alat perhubungan tiada sempadan.
MEDIU mempunyai pelbagai fakulti dan program-program akademik yang ditawarkan dengan pemilihan kaedah-kaedah pembelajaran, pembelajaran dalam talian serta di kampus.
Untuk maklumat lanjut mengenai Universiti, sila layari www.mediu.edu.my