fbpx

MEDIU mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Republik China

Dalam usaha untuk mengekalkan kualiti dalam sektor pendidikan serta mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza untuk semua disiplin akademik; Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah terpilih menjadi salah satu daripada tiga universiti swasta yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Republik China. Ini berikutan daripada memorandum yang ditandatangani antara China dan kerajaan Malaysia mengenai kerjasama dalam bidang akademik dan pengiktirafan institusi akademik di China dan Malaysia oleh Kementerian Pendidikan di negara-negara masing-masing.

Menurut Kementerian Pendidikan Republik China; sebanyak 71 institusi pendidikan di Malaysia telah mendapat pengiktirafan dari China dan ia dijangka bahawa kadar pelajar Cina yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Malaysia akan meningkat daripada 50% kepada 100 %.

Kejayaan MEDIU dalam senarai pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China secara tidak langsung membantu dalam meningkatkan peluang untuk graduan universiti dalam meneruskan pendidikan mereka dan bergerak ke hadapan dalam kerjaya mereka, di samping turut membuka peluang universiti ke arah pengiktirafan di peringkat global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.moe.edu.cn/publicfiles/business/htmlfiles/moe/moe_857/201301/146812.html