fbpx

MEDIU menghadiri Sesi Taklimat ‘Dataset QS Analytics’

Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengambil bahagian dalam sesi taklimat ‘Dataset QS Analytics’ yang telah diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya pada hari Selasa, 12 Disember 2017. Program tersebut merupakan kerjasama diantara pihak Jabatan Pengajian Tinggi dan Education Malaysia Global Services (EMGS) dengan kehadiran Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi bagi memberi ruang untuk mengetahui akan  ‘Dataset QS Analytics’ yang merangkumi semua data dari universiti terpilih di dalam dan di luar negara.

Penyertaan MEDIU dalam sesi ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bagaimana untuk meningkatkan kedudukan universiti di QS Asia. Di mana, MEDIU baru saja memasuki peringkat QS Asia University (2018) untuk pertama kalinya dan menduduki 351-400 di antara 2018 universiti di seluruh Asia yang merangkumi lebih dari 400 institusi pendidikan dari 17 negara. Universiti ini juga menduduki tempat ke-24 dalam kategori universiti di Malaysia secara rasminya diumumkan di laman web QS pada 16 Oktober 2017.

Sepanjang sesi ini, Prof. Dr. Nordin Yahaya dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan aras penunjuk yang digunakan untuk menyusun kedudukan universiti QS dan mengesyorkan universiti-universiti Malaysia untuk memberi tumpuan lebih kepada penglibatan antarabangsa dan untuk bekerjasama antara satu sama lain untuk mendapatkan reputasi akademik yang kukuh melalui sistem pengundian rasmi QS.