fbpx

MEDIU Serah Al Quran Untuk Surau Khalid Al-Walid IPK SElangor

MEDIU Serah Al Quran Untuk Surau Khalid Al-Walid IPK SElangor

Penyerahan Al Quran Untuk Surau Khalid Al-walid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (IPK Selangor) Polis Diraja Malaysia.  telah berlangsung pada 8 Jun 2016, bertempat di Dewan Solat Utama Surau Khalid Al-walid Mewakili MEDIU pada sesi penyerahan tersebut ialah Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusuf, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan diringi En Ahmad Zakaria, Pegawai Di  Jabatan Perkhidmatan Korporat, En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam dan En Sahrin Ab Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran.

Mewakili Surau Khalid Al-walid ialah Timbalan Pengerusinya dengan diiringi Imam Satu, Ahli Jawatankuasa Surau dan Ahli Jamaah Surau yang terdiri daripada anggota dan kakitangan Polis Diraja Malaysia dan  penduduk seksyen 8, Shah Alam.  

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah meneruskan program mewaqafkan  Al Quran bagi menjayakan agenda mengimarahkan Surau dan Masjid sepanjang bulan Ramadan pada kali ini. Sejumlah 50 Mushaf Al Quran rasm Uthmani dengan pengesahan penuh dari Bahagian Penyelidikan Universiti Al-Azhar, Bahagian Hal Ehwal Agama Islam dan Waqaf Arab Saudi dan Pejabat Mufti Negara Syria telah diwaqafkan oleh MEDIU Untuk Surau Khalid Al-walid .