fbpx

MEDIU Sertai Karnival Kerjaya Dan Pendidikan Shah Alam

[Best_Wordpress_Gallery id=”3″ gal_title=”Education Carnival Ole Ole”]

 

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengambil bahagian dalam Karnival Kerjaya dan Pendidikan 2015 yang telah diadakan pada 18 dan 19 April 2015, bertempat di perkarangan Kompleks Ole Ole , Seksyen 18, Shah Alam. Karnival dibawah anjurkan Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Shah Alam dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada orang ramai mengenai program yang ditawarkan dalam sektor pendidikan tinggi negara dan juga bagi mempromosi dan menyebarkan maklumat mengenai peluang pendidikan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 Mewakili MEDIU bagi menyertai program selama dua hari ini ialah Dr. Ayman Sayed Mamdouh, Dekan Fakulti Pendidikan, Encik Mohd Shahrin Hj Abd.Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran dan Encik Aiman Sufyan, Pegawai di Jabatan Pemasaran.