
Universiti Antarabangsa Al-Madinah telah mengambil bahagian di dalam Persidangan Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran dengan Teknologi (ICTL 2016) yang diadakan pada 5-6 Oktober 2016 di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Persidangan tersebut dianjurkan oleh pihak Universiti Malaya dengan tema “Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran di The Digital Era”.
MEDIU telah diwakili oleh Prof. Madya. Dr. Gamal Eldin Mohammed; Ketua Jabatan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan juga merupakan seorang ahli Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA). Beliau telah menyampaikan kertas kerja bertajuk “Memahami bagaimana kita belajar secara semula jadi adalah merit inovasi pengajaran” di persidangan tersebut.
Objektif utama persidangan tersebut adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru dan penyelidik untuk bertukar-tukar idea dan keputusan berkaitan dengan inovasi terkini dan idea-idea canggih di dalam pengajaran dan pembelajaran serta memperoleh pengetahuan yang terkini yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ke-21 di dalam dunia pendidikan.