Al-Madinah International University (MEDIU) telah menyertai Persidangan Tahunan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-32 (GBM) Asian Association of Open Universities (AAOU) yang telah diadakan baru-baru ini di Hanoi, Vietnam dari 22-27 Oktober 2018 dengan tema persidangan ‘Pendidikan dalam Pembangunan Sumber Manusia dalam Tempoh Integrasi di Asia’. (https://aaou2018.hou.edu.vn/)
MEDIU telah diwakili oleh Asst. Prof. Dr. Bakare Kazeem Kayode dari Fakulti Pendidikan, di mana beliau telah menyampaikan dua kertas kerja geran penyelidikan pada persidangan tersebut yang telah menarik penyertaan hampir 62 wakil institusi pengajian dari 23 buah negara. Persidangan tersebut menyediakan pemangkin untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan dan pendapat di kalangan para peserta, terutamanya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan tema persidangan. Cadangan dan hasil persidangan ini sejurusnya dapat memberi manfaat yang luas kepada para komuniti bidang pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh (ODL), terutamanya dari rantau Asia.






