Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengambil bahagian dalam Persidangan Zakat Antarabangsa Kedah 2019 (KEIZAC 2019) yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dengan tema “Kemampanan Melalui Zakat Transformasi Agenda” yang diadakan pada 5 Ogos 2019 di Menara Zakat, Alor Setar, Kedah.
MEDIU telah diwakili oleh Prof. Madya. Dr. Yasser Mohamed Tarshany; Ketua Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Fakulti Pengajian Ilmu Islam di mana beliau menyampaikan kertas penyelidikan bertajuk “Objektif Zakat dalam Islam (Model Malaysia)”.
Persidangan ini menyediakan satu forum yang baik bagi para intelektual dan pakar industri dari pelbagai bidang untuk membincangkan dan berkongsi pengetahuan mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan perspektif Zakat.