fbpx

MEDIU Tandantangan MoU Bersama Universiti Timur Afrika

[Best_Wordpress_Gallery id=”27″ gal_title=”univ timur afrika”]

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) sekali lagi telah telah melakarkan sejarah di dalam usaha menjalinkan usahasama bersama institusi pengajian tinggi luar negara di samping bagi memperkenalkan MEDIU sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan perkhidmatan pendidikan yang baik seperti universiti-universiti lain melalui sistem pendidikannya yang lebih fleksibel serta memberikan kemudahan untuk pelajar mengikuti pengajian secara e-pembelajaran dan konvensional.

Serentak dengan usahanya di dalam memperluaskan peluang pendidikan secara professional, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman di dalam pendidikan bersama Majlis Tandatangan MOU Diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dan Universiti Timur Afrika, Puntland, Somalia.

Mewakili MEDIU ialah Prof. Dr Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Universiti Timur Afrika diwakili oleh Presidennya iaitu Dr. Adam Shekhdoon Ali. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah diadakan pada hari ini, 11 Jun 2015 bertempat di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam. Telah menyaksikan bagi pihak MEDIU ialah Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan bagi pihak EAU ialah Y.Bhg. En. Ahmad Abdurrahman Herzi