Al-Madinah International University (MEDIU) telah mengorak langkah di dalam usaha menjalinkan usahasama bersama universiti – universiti tempatan dan luar negara di samping bagi memperkenalkan MEDIU sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan perkhidmatan pendidikan yang baik seperti universiti-universiti lain melalui sistem pendidikannya yang lebih fleksibel serta memberikan kemudahan untuk pelajar mengikuti pengajian secara e-pembelajaran dan konvensional.
Serentak dengan usahanya di dalam memperluaskan peluang pendidikan secara professional, Al Madinah International University (MEDIU) telah menandatangani satu perjanjian persefahaman di dalam pendidikan bersama Universiti Al-Qalam yang merupakan Institusi pendidikan tinggi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Nigeria.
Mewakili Al Madinah International University (MEDIU) ialah Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU iaitu Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi, manakala Universiti Al-Qalam yang berpusat di Katsina, Nigeria itu telah diwakili oleh Dr. Muhammad Muslim Ibrahim, Timbalan Naib Canselor. Perjanjian tersebut merangkumi kerjasama di bidang latihan, penyelidikan dan akademik khusus dalam jurusan Kewangan, Pengurusan Perniagaan , Teknologi Maklumat dan Pengajian Islam.
Menurut kenyataan Dr. Muhammad Muslim Ibrahim, kerjama ini akan memberikan satu input yang amat besar kepada Universiti Al-Qalam serta memberi peluang kepada mahasiswanya untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan professional. Beliau juga melahirkan rasa kegumnya dengan pencapaian yang telah dicapai oleh MEDIU Sehingga kini yang mempunyai lebih 6,000 orang pelajar daripada pelbagai Negara meliputi Afrika, Asia Barat dan Eropah yang mengikuti pengajian di dalam pelbagai bidang yang terdapat di MEDIU.
“Pengajian yang telah dijalankan secara maya melalui teknologi yang dicipta khas oleh Mediu melalui kepakaran profesional tempatan dan secara Konvensional di dalam bilik kuliah yang lengkap dengan kemudahan kualiti bertaraf antarabangsa ini telah memberi peluang kepada pelajar di seluruh dunia untuk menyambung pengajian mereka di peringkat yang lebih tinggi”. Ujar Dr. Muhammad Muslim.